Ibu seorang daripada dua mangsa kejadian yang dipercayai kes buli di Sekolah Menengah Shuqun telah membuat laporan polis, akhbar The Straits Times difahamkan.
Satu klip kejadian itu, yang berlaku Jumaat lepas (18 Sep), menunjukkan seorang pelajar lelaki memukul dua pelajar di kepala mereka berulang kali. Kedua-dua mangsa tidak membalas dan hanya menundukkan kepala mereka.
Sekolah itu berkata pada Isnin bahawa ia telah memberi kaunseling pelajar terlibat. Ia juga mendedahkan bahawa seorang guru adjung berada di dalam kelas ketika kejadian.
Sekolah tersebut telah bercakap dengan guru itu. Guru subjek sebenar kelas tersebut sedang cuti bersalin.