SEKOLAH Menengah Shuqun telah mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pelajar yang berkelakuan tidak senonoh dalam kes buli di sekolah tersebut, kata pengetua sekolah Chia Hai Siang semalam.
Dalam kenyataannya, Encik Chia berkata menyedari akan usia muda para pelajar itu dan perasaan sesal yang dilahirkan, sekolah tersebut sedang memberi kaunseling kepada mereka untuk "memastikan mereka belajar dan menebus kesalahan mereka."