Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh abang di kondo Choa Chu Kang: Adik dipenjara 7 tahun

Sep 19, 2016 | 12:49 PM



SEORANG bekas pelajar Politeknik Singapore berusia 23 tahun, yang membunuh abangnya di rumah mereka tahun lalu, dihukum penjara tujuh tahun pada Isnin (19 Sep) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh tanpa niat.



Ng Yao Wei berusia 21 tahun apabila dia menikam mati Encik Ng Yao Cheng, 26 tahun, seorang pereka grafik, pada 13 April tahun lalu di kondominium Windermere di Choa Chu Kang.



Tertuduh menghubungi polis pada kira-kira 23 malam, melaporkan tentang pembunuhan tersebut. Paramedik tiba 10 minit kemudian dan menemui abangnya di bilik tidur dengan beberapa kesan tikaman pada leher dan badannya.



Yao Wei ditangkap di tempat kejadian. Dia didakwa dengan pembunuhan dua hari kemudian di Hospital Besar Changi. Pertuduhan itu kemudiannya dikurangkan kepada membunuh tanpa niat kerana Yao Wei dinilai mengalami gangguan kemurungan berat, yang mengurangkan tanggungjawab mentalnya bagi pembunuhan itu.



Pada Isnin, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa adik-beradik itu, yang berkongsi bilik tidur, mempunyai hubungan sengit dan sering bergaduh berhubung perkara remeh.



Pada malam sebelum kejadian, dua rakan tertuduh datang ke rumahnya untuk bermain permainan komputer. Encik Yao Cheng mula naik berang disebabkan bunyi bising yang mereka buat dan menjerit pada adiknya. Sebagai respons, Yao Wei memanggil abangnya "anjing" dalam bahasa Mandarin. Bapa mereka campur tangan sebelum mereka bertumbuk.



Pada 13 April, Yao Wei berdepan dengan abangnya, yang dia rasakan telah memalukannya di hadapan kawan-kawannya. Dia memaki abangnya, yang kemudian menyergapnya.



Yao Wei berundur dan mencapai pisau dapur yang dia sembunyikan di bawah bantal pada malam sebelumnya dan menikam abangnya berulang kali.



Apabila mendengar kekecohan itu, ibu mereka dan pembantu rumah pergi ke bilik mereka. Pembantu rumah tersebut mengambil pisau itu manakala ibu mereka cuba mengekang pendarahan yang dialami Encik Yao Cheng.



Bedah siasat mendapati mangsa mengalami 22 kesan tikaman.



Pada Isnin, ahli keluarga, termasuk ibu bapa adik-beradik itu dan nenek mereka yang berusia 87 tahun, memenuhi bilik mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >