Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kes bunuh Orchard Towers: Dakwaan layanan berat sebelah berdasar kaum tidak berasas: Faishal

Nov 05, 2020 | 05:30 AM



DAKWAAN mengenai layanan berat sebelah yang timbul berdasarkan kaum etnik suspek dalam kes pembunuhan di Orchard Towers adalah tidak berbukti dan amat tidak bertanggungjawab, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Bercakap di Parlimen semalam, Dr Faishal berkata setiap orang di Singapura dilayan secara adil dan saksama oleh undang-undang.



Dr Faishal berkata demikian dua hari selepas polis berkata ia akan menyiasat dua wanita, berusia 28 tahun dan 36 tahun, atas kesalahan menghina mahkamah, berhubung pos di media sosial di mana mereka mendakwa layanan berat sebelah diberikan kepada suspek yang terlibat dalam pembunuhan Encik Satheesh Noel Gobidass pada 2 Julai tahun lalu.



Encik Satheesh, 31 tahun, meninggal dunia selepas terlibat dalam perkelahian di Orchard Towers.



Tujuh orang terlibat dalam insiden itu tetapi selepas menyiasat, Pejabat Peguam Negara (AGC) mendapati enam daripada anggota kumpulan itu tidak terlibat menyebabkan kematian Encik Satheesh, menyebabkan tuduhan terhadap mereka dikurangkan.



Salah seorang daripada mereka, Chan Jia Xing, diberikan amaran bersyarat 12 bulan selepas tuduhan terhadapnya dikurangkan kepada bersubahat dengan orang yang membawa senjata di tempat awam.



Menurut AGC, tuduhan yang dikenakan terhadap Chan mengambil kira penglibatannya, termasuk usahanya untuk menghentikan serangan itu dan kerjasama yang diberikan kepada polis dalam siasatan.



Orang ketujuh, Tan Sen Yang, satu-satunya suspek yang kini menghadap tuduhan membunuh.



Membentangkan proses mengendalikan kesalahan yang membawa hukuman mati, Dr Faishal memberitahu Dewan apabila sekumpulan suspek terlibat dalam kes yang sama, tuduhan sementara boleh dikenakan kepada semua anggota kumpulan itu di mahkamah.



Suspek akan ditahan dalam reman, sementara siasatan lanjut dilaksanakan, dan agensi penguatkuasaan undang-undang akan membuat usulan kepada AGC.



Justeru, pihak pendakwa akan meneliti semula bukti dan keadaan kes itu dan menimbangkan peranan khusus bagi setiap suspek dalam insiden tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.



"Ini boleh meneruskan dengan tuduhan yang membawa hukuman mati atau menggunakan tuduhan yang kurang berat atau mengundur tuduhan itu," kata Dr Faishal, menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Menambah, Dr Faishal berkata pendekatan yang diambil terhadap setiap orang yang dituduh mungkin berbeza-beza, kerana ia adalah berdasarkan bukti yang diperolehi dan peranan mereka dalam kes itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >