Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh St James Power Station: Lelaki keempat didakwa

Mar 16, 2017 | 11:25 AM



SEORANG lelaki keempat diheret ke mahkamah pada Khamis (16 Mac) kerana pelibatannya dalam satu pembunuhan di St James Power Station.



Muhammad Faizal Md Jamal, 22 tahun, didakwa membunuh Encik Satheesh Kumar Manogaran, 35 tahun, di pusat hiburan di Sentosa Gateway itu antara 5.45 dan 6 pagi Ahad (12 Mac).



Dia, yang tidak diwakili peguam, dan tiga lagi lelaki dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membunuh Encik Satheesh Kumar, yang ditemui dengan kesan tikaman pada pagi itu.



Shawalludin Sa'adon, 26 tahun, seorang pelayan sambilan di Postbar, salah sebuah kalab malam di St James Power Station, dituduh membunuh pada Selasa.



Muhammad Khalid Kamarudin, 21 tahun, dan Muhammad Hisham Hassan, 27 tahun, didakwa pada Rabu.



Polis mengeluarkan kenyataan pada Selasa bahawa mereka menangkap Shawalludin pada Ahad itu juga.



Selepas itu polis mengenal pasti identiti tiga lelaki lain yang terlibat dan menangkap mereka dalam operasi pada hari berikutnya.



Polis menangkap Muhammad Faizal pada Selasa.



Siasatan awal polis menunjukkan serangan itu berlaku berikutan pertikaian antara Encik Satheesh Kumar dan pekerja Postbar.



Dokumen mahkamah dan kenyataan polis tidak mendedahkan identiti pekerja berkenaan.



Muhammad Khalid dan Muhammad Hisham diwakili peguam K. Jayakumar dan Shawalludin tidak diwakili peguam.



Kesmua empat lelaki itu kini ditahan reman di Divisyen Polis Central dan akan kembali ke mahkamah pada Selasa ini (21 Mac).



Jika disabitkan kesalahan membunuh, mereka akan menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >