SEORANG remaja yang didapati bersalah mencabul kehormatan seorang gadis berusia 16 tahun dan merogol kawan baiknya dijatuhi hukuman latihan pemulihan semalam.
Loew Zi Xiang, kini 20 tahun, didapati bersalah bulan lalu selepas perbicaraan selama 10 hari menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan remaja itu dengan mencium bibirnya di flatnya pada 8 September 2014.