Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes cabul kehormatan, penipuan cinta di Internet bertambah tahun lalu

Feb 03, 2018 | 03:06 PM



KADAR jenayah keseluruhan di Singapura berkurangan tahun lalu, namun kes pencabulan kehormatan dan penipuan cinta di Internet terus meningkat, menurut perangkaan yang didedahkan polis hari ini (3 Feb).



Kes jenayah keseluruhan tahun lalu turun 1 peratus – 32,773 kes dicatatkan tahun lalu berbanding 33,099 kes pada 2016. 



Kadar jenayah keseluruhan juga bertambah baik, dengan 584 kes bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan tahun lalu berbanding 590 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2016. 



Namun, bilangan kes pencabulan kehormatan meningkat 22.2 peratus, dengan 1,566 kes tahun lalu berbanding 1,282 kes pada 2016. 



Khususnya, jumlah kes pencabulan kehormatan yang berlaku dalam pengangkutan awam naik 60.5 peratus, daripada 129 kes kepada 207 kes. 



Kes pencabulan kehormatan di pusat hiburan malam pula naik 33.8 peratus kepada 107 kes tahun lalu. 



Kes penipuan cinta di Internet juga meningkat 29.9 peratus, dengan sebanyak 825 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 635 kes pada 2016. Jumlah wang yang ditipu bagi kes sedemikian meningkat 54.2 peratus kepada sekitar $37 juta berbanding $24 juta pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >