Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes chalet Aloha Changi: Tiga lelaki warga asing didakwa bersubahat membunuh

Jun 24, 2015 | 04:56 PM



TIGA lelaki warga asing didakwa di mahkamah tadi dengan tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan.


Dua daripada mereka - Yae Wynnt Oaung, 32 tahun dan Phyo Min Naing, 31 tahun - merupakan warga Myanmar manakala seorang lagi - Zaw Min Hlaing, 37 tahun - penduduk tetap (PR) Singapura.


Ketiga-tiga mereka didakwa berkomplot dengan seorang lagi warga Myanmar, Win Kyaw Kyaw Aung @ Aung Aung, 29 tahun, Sabtu lalu (20 Jun) untuk membunuh seorang PR Singapura, Encik Aye Maung Maung Thet, 28 tahun.


Bagaimanapun menyusuli komplot itu, mereka tidak membunuh lelaki tersebut.


Menurut kenyataan polis sebelum ini, Aung Aung telah meninggalkan Singapura pada pagi Isnin lalu.


Penangkapan ketiga-tiga lelaki itu menyusuli satu laporan polis yang dibuat sekitar 9.30 malam Ahad lalu berkenaan kejadian serangan di Pasir Ris Street 71.


Polis berjaya menangkap suspek pertama dekat Balestier Road sekitar 1 petang Isnin lalu sementara dua lgi suspek ditangkap di chalet Aloha Changi sekitar 9.50 malam pada hari yang sama.


Polis turut merampas beberapa barang termasuk pengisar daging, gergaji rantai, pisau, dapur gas, tangki gas, set peralatan, beg troli, kepingan plastik, pengikat kabel, pisau pencincang, apron, papan pemotong dan but getah.


Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Aung Aung boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menghantar maklumat itu menerusi laman web www.police.gov.sg/CrimeStopper.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >