Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes City Harvest: Sharon Tan mahu masuk penjara lebih awal

Apr 19, 2017 | 12:36 PM



BEKAS pengurus kewangan Gereja City Harvest (CHC), Sharon Tan, yang merupakan salah seorang daripada enam individu yang didapati bersalah atas pelbagai kesalahan pemalsuan, pecah amanah dan menyeleweng wang gereja itu, telah memohon untuk memulakan lebih awal hukuman penjara tujuh bulan yang dijatuhkan ke atasnya.



Permohonannya telah diluluskan semasa tampil di depan Hakim di Mahkamah Tinggi hari ini.



Ini bermakna dia akan menyertai empat lagi anggota pengasas CHC, Kong Hee; paderi kanan Tan Ye Peng, bekas jawatankuasa kewangan CHC, John Lam; dan bekas pengurus kewangan CHC, Serina Wee - yang akan menyerah diri di Mahkamah Negara pagi lusa (21 Apr) untuk memulakan hukuman mereka.



Sementara itu di persidangan yang sama, bekas pengurus dana CHC, Chew Eng Han, telah diberikan penangguhan oleh mahkamah dalam memulakan hukumannya.



Ini bermaka, tempoh hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan yang dijatuhkan ke atasnya akan digantung sementara menantikan keputusan Mahkamah Rayuan, yang akan menetapkan keputusan bagi beberapa persoalan undang-undang yang berbangkit dalam isu pemalsuan, penyelewengan dan pecah amanah melibatkan lebih $50 juta itu.



Sedang pihak pendakwa raya telah mengajukan permohonan agar kes itu didengar oleh mahkamah tertinggi negara, Chew juga menyatakan dia juga akan mengutarakan beberapa persoalan undang-undang.



Pada 2015, keenam-enam mereka telah dijatuhkan hukuman penjara antara 21 bulan dan lapan tahun atas pelbagai kesalahan yang dihadapi mereka itu.



Mereka telah menyalahgunakan $24 juta daripada dana pembinaan gereja untuk melabur dalam bon palsu dalam dua syarikat swasta.



Wang itu sebenarnya telah digunakan untuk membiayai kerjaya muzik pop isteri Kong, Cik Ho Yeow Sun, dalam satu misi gereja.



Sejumlah $26 juta lagi kemudian digunakan untuk mengabui penyalahgunaan dana tersebut.



Pada 7 April lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan dan meringankan tuduhan dan hukuman ke atas keenam-enam pesalah.



Ini menyebabkan mereka hanya perlu menjalani hukuman penjara antara 3 tahun 6 bulan dan 7 bulan.



Selepas hukuman lebih ringan itu diputuskan, lima daripada mereka dibenarkan untuk menangguh masa kemasukan ke penjara selama dua minggu.



Sharon Tan, yang menghadapi hukuman paling singkat, mendapat penangguhan selama dua bulan selepas dia memberi alasan berkenaan rancangan keluarganya untuk berpindah ke Amerika Syarikat.



Dia bagaimanapun merubah fikiran dan hari ini, meminta mahkamah untuk membenarkannya memulakan hukuman penjara lebih awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >