Kes demam denggi merosot minggu lalu

SEBANYAK 199 kes demam denggi dilaporkan berlaku di sini minggu lalu - kali kedua jumlah mingguan itu berada di bawah angka 200 kes tahun ini.

Bilangan tersebut adalah 13 kes lebih rendah berbanding minggu sebelumnya, kata perangkaan yang dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melalui laman webnya.

Lagi 33 kes pula dilaporkan berlaku dari kelmairn (29 Mei) hingga 3.30 petang semalam.

NEA berkata, sejumlah 8,163 kes dilaporkan berlaku sejak 3 Januari lalu, manakala lima orang meninggal dunia akibat denggi tahun ini, berbanding empat kematian sepanjang tahun lalu.

Kes kematian terbaru berlaku kelmarin apabila warga Cina Singapura berusia 79 tahun yang tinggal dekat kawasan Eunos di Jalan Tenaga meninggal dunia.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.