Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi baru bertambah lepas dua minggu berkurangan

Jun 07, 2016 | 10:40 AM



JUMLAH kes baru demam denggi yang dilaporkan meningkat kepada 220 minggu lalu, menghentikan pengurangan selama dua minggu bilangan mingguan penyakit itu.



Ia 22 lebih banyak daripada kes pada minggu sebelumnya, menurut maklumat terkini yang disiarkan di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Sebanyak 25 lagi kes virus bawaan nyamuk itu dilaporkan dari Ahad (5 Jun) hingga 3.30 petang pada Isnin.



Sebanyak 8,373 kes telah direkod sejak Januari 3



Lima orang telah meninggal dunia akibat denggi tahun ini, berbanding empat yang dilaporkan pada keseluruhan 2015.



Kematian terbaru pada 29 Mei melibatkan seorang lelaki warga Singapura berusia 79 tahun yang tinggal berhampiran kawasan Eunos di Jalan Tenaga.



Hingga Isnin (6 Jun), terdapat 37 kelompok denggi aktif, dengan enam diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Sebuah kawasan merangkumi Geylang dan Guillemard Road paling berisiko dengan 86 kes dilaporkan setakat ini.



Dengan Singapura memasuki tempoh jumlah denggi biasanya memuncak, NEA mengingatkan orang ramai usaha pencegahan denggi perlu dikekalkan, termasuk pembasmian sumber habitat pembiakan nyamuk bagi membendung populasi nyamuk dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >