Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi berkurang kepada 374 dalam minggu berakhir 19 Mac

Mar 22, 2016 | 10:02 AM



JUMLAH kes dengi berkurangan lagi buat minggu keempat berturut-turut, hasil usaha bersepadu baru-baru ini bagi mengekang penyebaran virus bawaan nyamuk itu.



Data terbaru laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan terdapat 374 kes baru pada minggu berakhir 19 Mac - kurang 23 kes berbanding minggu sebelumnya.



Sebanyak 58 lagi kes dilaporkan dari Ahad (20 Mac) hingga 3.30 petang Isnin.



Sebanyak 5,715 kes direkodkan sejak 3 Januari lalu.



Selepas memuncak pada 590 kes dari 14 hingga 20 Februari, jumlah kes telah berkurangan dengan mantap.



Terdapat 512 kes dari 21 hingga 27 Feb; 412 dari 28 Feb hingga 5 Mac; dan 397 dari 6 hingga 12 Mac.



Pada Isnin, bilangan kelompok denggi aktif berjumlah 92. Daripada jumlah itu, 23 dianggap kawasan berisiko tinggi.



Kelompok terbesar, dengan 16 kes pada dua minggu lalu dan 83 dilaporkan setakat ini, kekal kawasan Kensington Park Road dan Serangoon North.



Tiga orang meninggal dunia akibat virus denggi tahun ini. Mangsa paling baru, pada 10 Mac, seorang wanita berusia 63 tahun yang tinggal di Bedok North.



Usaha habis-habisan mengekang penyebaran virus itu berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan, dengan NEA mengumumkan bulan lalu ia telah meningkatkan kempen antidenggi.



Antara langkah baru ialah denda $200 ke atas pemilik rumah yang didapati membiak nyamuk di rumah, tanpa mengira sama ada mereka tinggal di kelompok denggi aktif atau tidak.



Agensi itu sebelum ini memberi amaran bahawa kes denggi boleh mencecah paras tertinggi 30,000, mengatasi rekod sebelumnya 22,170 pada 2013.



Bagi maklumat terkini mengenai situasi denggi, lawati halaman Facebook Stop Denggi Now, www.dengue.gov.sg atau aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >