Kes denggi bertambah buat empat minggu berturut-turut

KES demam denggi baru meningkat sedikit kepada 247 minggu lalu, minggu keempat berturut-turu ia bertambah.

Jumlah itu 13 kes lebih banyak bilangan pada minggu sebelumnya, menurut angka terkini di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Sebanyak 26 kes lagi dilaporkan dari Ahad (10 Julai) hingga 3 petang Isnin (11 Julai).

Pada keseluruhannya, 9,417 kes dilaporkan sejak awal 2016.

Dengan Singapura kini dalam musim puncak tradisional denggi, NEA memberi amaran kepada orang ramai bahawa trend peningkatan penyakit bawaan nyamuk itu boleh dijangka pada bulan-bulan mendatang.

Ia berkata hingga akhir Jun, bilangan kes yang dicatat lebih dua kali ganda jumlah sepanjang tempoh sama tahun lalu.

Memandangkan sebahagian besar penduduk Singapura mudah terdedah kepada denggi kerana kekurangan imuniti, langkah membendung populasi nyamuk penting dalam usaha mencegah peningkatan jangkitan, tambah NEA.

Pada Isnin, terdapat 49 kelompok denggi aktif, dengan lapan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

Satu kelompok di kawasan Telok Kurau berisiko paling tinggi pada masa ini, dengan 63 kes.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.