Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi melebihi 200 lima minggu berturut-turut

Jul 26, 2016 | 11:29 AM



KES demam denggi baru melebihi 200 seminggu buat lima minggu berturut-turut minggu lalu, sedang Singapura kini berada dalam tempoh penyakit itu biasanya memuncak.



Sebanyak 266 kes dilaporkan minggu lalu - 43 lebih banyak daripada minggu sebelumnya - menurut angka terbaru daripada laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Sejumlah 33 kes lagi dilaporkan dari Ahad (24 Julai) hingga 3 petang Isnin (25 Julai).



Pada keseluruhannya, 9,912 kes dilaporkan sejak awal tahun ini. Pada keseluruhan tahun lepas, lebih kurang 11,200 orang disahkan menghidap virus bawaan nyamuk itu.



Enam orang telah terkorban tahun ini, berbanding empat pada keseluruhan tahun lalu.



Korban terakhir ialah seorang wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Simei. Beliau meninggal dunia pada 25 Jun.



NEA telah berkali-kali memberi amaran kepada orang ramai supaya menjangka bilangan kes denggi meningkat pada bulan-bulan mendatang, memandangkan data perangkap Gravitrap menunjukkan jumlah nyamuk Aedes dengan mantap sejak April.



Membasmikan habitat pembiakan nyamuk dan menyembur racun serangga kekal menjadi kunci pencegahan denggi, katanya.



Pada Isnin, terdapat 43 kelompok denggi aktif, dengan sembilan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Sebuah kelompok di Telok Kurau merupakan risiko paling tinggi dengan 83 kes dilaporkan - termasuk 11 dalam tempoh dua minggu lalu - sejak kelompok itu bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >