Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi naik sedikit minggu lalu

May 17, 2016 | 10:31 AM



JUMLAH kes demam denggi yang dilaporkan minggu lalu meningkat sedikit kepada 218, menurut laman web denggi Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA).



Ia 38 kes lebih banyak daripada seminggu lalu, yang kurang 200 buat kali pertama tahun ini.



Sebanyak 44 kes lagi dilaporkan dari Ahad (15 Mei) hingga 3.30 petang Isnin.



Sejumlah 7,765 kes virus bawaan nyamuk itu telah dilaporkan tahun ini.



Pada Isnin, terdapat empat kelompok denggi berisiko tinggi di Singapura - kurang dengan ketara berbanding 10 minggu lepas.



Sebuah estet HDB di Geylang Bahru merupakan kawasan risiko paling tinggi dengan 86 kes.



NEA terus menegaskan bahawa pembasmian habitat pembiakan nyamuk dan menyembur racun serangga bagi mengawal populasi nyamuk dewasa masih merupakan kunci pencegahan denggi.



Walaupun jumlah mingguan secara amnya menunjukkan trend menurun dalam beberapa minggu kebelakangan, kes denggi diramalkan sebelum ini mencapai rekod 30,000 tahun ini.



Empat orang telah meninggal dunia akibat denggi tahun ini, hampir sama bilangan pada keseluruhan tahun lalu.



Pada Jumaat lepas, kes pertama virus Zika dikesan di Singapura. Seorang lelaki berusia 48 tahun yang tinggal di Watten Estate di Bukit Timah didapati positif selepas pulang dari perjalanan perniagaan ke Sao Paulo di Brazil.



Virus Zika dan denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti.



Dalam maklumat terkininya, NEA berkata ia telah memeriksa sekitar 700 premis sejak Jumaat lalu, dan mengesan serta memusnahkan 40 tapak pembiakan nyamuk hingga Ahad lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >