Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes denggi terus berkurangan

Apr 19, 2016 | 12:00 PM



JUMLAH kes denggi baru berkurangan dua minggu berturut-turut, dengan angka terkini dalam laman web mikro denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melaporkan 226 kes pada minggu 10 hingga 16 April.



Ini 65 kes kurang daripada minggu sebelumnya, dan angka mingguan paling rendah sejak awal tahun ini.



Sebanyak 35 kes lagi dilaporkan antara Ahad (17 April) dan 3.30 petang Isnin.



Setakat ini, hampir 6,900 orang telah disahkan menghidap virus bawaan nyamuk itu - - hampir tiga kali ganda bilangan dalamm tempoh sama tahun lepas.



Empat orang telah meninggal dunia akibat denggi tahun ini, hampir sama bilangan keseluruhan 2015.



Walaupun jumlah jangkitan mingguan umumnya menurun sejak beberapa minggu lalu, NEA memberi amaran ia masih tinggi bagi tempoh ini.



Kes denggi diramalkan mencapai rekod 30,000 tahun ini.



Terdapat 52 kelompok aktif denggi pada Isnin (18 April), dengan 12 daripadanya ditetapkan sebagai kawasan berisiko tinggi.



Kelompok terbesar, sebanyak 79 kes, kekal di kawasan sekitar Pasir Ris View, Riverina View, Riverina Walk dan Elias Road.



Minggu lalu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengumumkan ia telah mempercepat penilaian ke atas vaksin denggi pertama di dunia, dan dijangka membuat keputusan apakah vaksin itu diluluskan untuk digunakan di sini dalam masa sekitar enam bulan.



Vaksin itu, yang dihasilkan oleh firma farmaseutikal Sanofi-Pasteur, kini diluluskan untuk digunakan di empat negara.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, juga berkata di Parlimen bahawa kajian lapangan akan dijalankan akhir tahun ini bagi menilai apakah sejenis khas nyamuk - nyamuk jantan Aedes aegypti yang membawa Wolbachia - boleh digunakan sebagai senjata terhadap denggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >