Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes dera: Kinderland larang staf guna peranti peribadi di kelas

Aug 31, 2023 | 05:35 PM



Pusat dan pengendali sebuah cawangan prasekolah Kinderland Singapore pada Rabu melarang kakitangannya daripada menggunakan peranti peribadi semasa waktu mengajar berkuat kuasa serta merta, dengan langkah itu mendapat kritikan di media sosial.


Prasekolah itu mendapat kecaman minggu ini menyusuli penularan meluas video gurunya didakwa melayan secara buruk kanak-kanak di cawangannya di Woodlands Mart dan Sunshine Place di Choa Chu Kang Avenue 3, di mana dua guru telah ditahan.


“Untuk menjaga privasi kanak-kanak kami, Kinderland telah menyediakan peranti milik syarikat untuk mengurus semua komunikasi dengan ibu bapa. Ini termasuk berkongsi gambar dan video menerusi Aplikasi Pengurusan Prasekolah untuk memaklumkan ibu bapa tentang prestasi anak mereka,” kata Kinderland Singapore dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada 7.30 malam 30 Ogos.

“Kinderland menekankan penggunaan Aplikasi Pengurusan Prasekolah dengan peranti milik syarikat.

“Untuk mengelakkan penggunaan gambar dan video kanak-kanak kami, Kinderland kini akan menjadikan satu dasar kakitangan tidak menggunakan peranti peribadi mereka semasa waktu mengajar. Kami harap langkah-langkah ini dapat melindungi semua.”

Kenyataan di Facebok Kinderland Singapore itu menerima reaksi negatif.

“Kes baru-baru ini tidak melanggar privasi kanak-kanak; jika anda fikir sedemikian, anda benar-benar tersilap,” kata pengguna Facebook, Cik Germaine Chan.

Menurut tangkap layar oleh The Straits Times, Kinderland Singapore telah menerbitkan kenyataan lebih awal dengan perkataan berbeza di Facebook pada 5.20 petang.


Di wadah media sosial Reddit, pengguna OkTaro8212 memuat naik petikan skrin kenyataan lebih awal itu.

“Sebagai ibu bapa, ia hanya menjengkelkan saya,” kata OkTaro8212, sambil menambah bahawa kejadian baru-baru ini didedahkan oleh pemberi maklumat yang menggunakan telefon bijak peribadi.

Pada Rabu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) berkata bahawa ketua dan operator pusat cawangan prasekolah Kinderland di Woodlands Mart disiasat berkaitan peranan mereka dalam satu kes melibatkan penderaan kanak-kanak.

Seorang bekas guru prasekolah berusia 33 tahun, Lin Min, ditahan pada Isnin selepas laporan polis dibuat akibat penularan meluas video pertama yang menunjukkan seorang guru didakwa menuang air ke dalam mulut seorang murid perempuan berusia 23 bulan selepas memaksanya baring.

Dia telah didakwa pada Rabu kerana melayan buruk seorang kanak-kanak.

Menyusuli penularan meluas video itu, beberapa ibu bapa telah mengeluarkan anak mereka daripada cawangan tersebut.

Guru prasekolah Kinderland kedua, yang beruisa 48 tahun, ditahan pada Selasa selepas laporan dibuat tentang penularan meluas sebuah video dalam talian – yang dipercayai dirakam di prasekolah Kinderland di Sunshine Place di Choa Chu Kang Avenue 3, di mana dia dilihat memukul seorang kanak-kanak lelaki kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >