Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Gereja City Harvest: Kesemua enam tertuduh didapati bersalah

Oct 21, 2015 | 10:55 AM



KESEMUA enam ketua Gereja City Harvest (CHC), termasuk pengasasnya, Kong Hee, didapati bersalah berhubung dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.


Hakim menyampaikan keputusan perbicaraan City Harvest itu pada pagi Rabu (21 Oktober).


Mereka dituduh menyalah guna dana gereja sebanyak $24 juta dengan menyalurkannya ke dalam pelaburan yang didakwa palsu, yang membiayai kerjaya nyanyi isteri paderi Kong, Cik Ho Yeow Sun.


Kemudian, sebanyak $26 juga lagi didakwa digunakan bagi menutup jejak mereka.


Enam tertuduh itu ialah paderi kanan Kong Hee, 51 tahun; timbalan paderi kanan Tan Ye Peng, 42 tahun; bekas pengurus dana CHC, Chew Eng Han, 55 tahun; dua bekas pengurus kewangan CHC, Serina Wee, 38 tahun, dan Sharon Tan, 40; dan bekas ahli jawatankuasa kewangan CHC, John Lam, 47 tahun.


Saga panjang CHC bermula pada 2002 apabila ia memulakan Projek Crossover, iaitu misi menyebarkan agama Kristian melalui muzik pop Cik Ho.


Pada mulanya, kerjaya Cik Ho dibiayai secara langsung oleh gereja, tetapi pada 2003, seorang ahli gereja yang tidak berpuas hati, Encik Roland Poon, membuat dakwaan awam bahawa dana telah disalahgunakan untuk membiayai kerjaya Cik Ho.


Encik Poon kemudian menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf, tetapi ia mencetus penelitian yang akhirnya membawa kepada penangkapan enam orang itu pada 2012.


Melalui satu siri pelaburan bon palsu, mereka didakwa mencurahkan berjuta-juta wang daripada tabung pembinaan gereja ke dalam kerjaya muzik Cik Ho.


Pihak pendakwaan menegaskan bahawa bon itu palsu kerana ia sebenarnya saluran untuk menyalurkan wang kepada Cik Ho dan tidak ada harapan ia akan dibayar balik.


Ia juga berhujah bahawa pelaburan bon bukan satu penggunaan yang dibenarkan bagi dana bangunan itu.


Pihak pendakwaan juga berkata tertuduh memalsukan akaun gereja dengan niat menipu juruaudit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >