Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Gereja City Harvest: Pendakwa rayu terhadap hukuman 'jelas tidak memadai'

Nov 27, 2015 | 12:24 PM



PIHAK pendakwaan telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas enam pemimpin Gereja City Harvest (CHC), sambil menyatakan ia "jelas tidak memadai".


"Setelah menimbangkan dengan teliti alasan bertulis, Pendakwaan berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan jelas tidak memadai, dalam segala hal keadaan kes itu," kata mereka dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada pagi Jumaat (27 Nov).


Pengasas CHC yang juga paderi kanannya, Kong Hee, dan lima pemimpin lain gereja itu didapati bersalah dan disabitkan bagi jenayah pecah amanah dan pemalsuan akaun pada 21 Oktober.


Jumaat lalu (20 November), mereka dijatuhi hukuman penjara antara lapan hingga 21 bulan. Alasan bertulis penghakiman itu dikeluarkan pada 23 November.


Menjadikan jelas bahawa Kong dalang di sebalik konspirasi untuk menyebabkan kerugian kepada gereja itu dan menipu juruaudit, hakim menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atasnya.


Bekas ahli lembaga Chew Eng Han dihukum penjara enam tahun; timbalan paderi kanan Tan Ye Peng menghadapi hukuman penjara lima setengah tahun, manakala bekas pengurus kewangan gereja Serina Wee dihukum penjara lima tahun.


John Lam, bekas setiausaha lembaga pengurusan gereja itu, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, semenatara bekas pengurus kewangan Sharon Tan dipenjara 21 bulan.


Kesemua enam defendan mempunyai masa tujuh hari untuk membuat keputusan sama ada memfailkan notis rayuan atau tidak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >