Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes janda kaya: Pemandu pelancong China tidak lagi punya kuasa atas aset lebih $40juta

Oct 03, 2014 | 06:38 PM



Bekas pemandu pelancong China, Encik Yang Yin, tidak lagi mempunyai kuasa ke atas aset bernilai lebih daripada $40 juta yang dimiliki seorang janda kaya di Singapura.


Mahkamah telah membuat keputusan pada hari ini untuk menggantungkan buat sementara kuasa yang dimilikinya menerusi  Surat Kuasa Wakil Kekal (LPA) yang diberikan kepada beliau oleh Cik Chung Khin Chun, 87 tahun, pada 2012.


Pejabat Penjaga Awam (OPG) yang mentadbir Kuasa Wakil Kekal (LPA)  telah mencuba menggantung kedua-dua kuasa Encik Yang di bawah LPA di samping kuasa Cik Hedy Mok, selaku timbalan Cik Chung.


Walau bagaimanapun, mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Cik Hedy, anak saudara Cik Chung, meneruskan peranannya.


Menurut peguam Cik Mok, Encik Peter Doraisamy, yang ditemui selepas perbicaraan tertutup, Cik Mok perlu memaklumkan hal undang-undang berkenaan mak ciknya kepada OPG.


Perbicaraan untuk menentukan sama ada Cik Chung perlu menjalani penilaian perubatan akan dijalankan dalam tujuh hingga 10 hari.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >