Kes jangkitan baru HIV merosot

SEBANYAK 155 kes baru jangkitan HIV dilaporkan berlaku di sini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, namun bilangan ini lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan pada tahun 2012.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), sebanyak 198 kes baru dicatatkan tahun lalu dan 215 kes pada 2012.

Secara keseluruhannya, terdapat 454 kes baru sepanjang tahun lalu, lebih rendah sedikit berbanding 469 kes pada 2012.

Daripada bilangan kes baru tahun ini, 91 peratus kes merupakan lelaki dan lebih separuh berusia antara 30 dengan 49 tahun.

Hampir separuh kes jangkitan pula berada dalam peringkat lanjutan apabila ia dikesan, kata MOH hari ini, Sabtu.

Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, berkata meskipun terdapat trend menurun bagi kes-kes HIV baru, jangkitan tersebut masih menjadi keprihatinan bagi beberapa kumpulan yang berisiko.

"Wabak HIV Singapura masih diakibatkan kebanyakannya oleh perhubungan seksual. Lelaki heteroseksual yang mengadakan hubungan seks secara seksual atau komersial, atau lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain masih menjadi dua kumpulan risiko terbesar," katanya di Persidangan Aids Singapura di Hospital Tan Tock Seng.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.