Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kakitangan ambulans SCDF dianiayai bertambah

Aug 25, 2015 | 11:59 AM



KES penganiayaan ke atas kakitangan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bertambah dalan enam bulan pertama tahun ini, menimbulkan kebimbangan pasukan itu.


Sepanjang Januari hingga Jun lalu, terdapat 10 kes penganiayaan terhadap kakitangan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) SCDF oleh pesakit, ahli keluarga dan rakan pesakit, berbanding enam dalam tempoh sama tahun lalu.


Kes-kes itu melibatkan kakitangan EMS dianiayai secara lisan mahupun fizikal semasa memberi bantuan kepada pesakit.


"Kakitangan EMS kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan penjagaan perubatan kecemasan kritikal.


"SCDF tidak membenarkan sebarang bentuk penganiayaan fizikal atau lisan terhadap pegawai kami dan akan membuat laporan polis jika mana-mana kakitangannya dianiayai," ujar pasukan itu dalam laporannya mengenai perangkaan kebakaran, ambulans dan penguatkuasaan separuh pertama tahun ini yang dikeluarkan pada Selasa (25 Ogos).


EMS memberi respons kepada 81,686 panggilan ambulans antara Januari dan Jun lalu, bertambah 7.4 peratus, atau 5,623 panggilan, daripada tempoh sama tahun lepas.


Sementara itu, SCDF respons kepada 2,406 panggilan kebakaran dalam separuh pertama tahun ini, berkurangan 126 kes, atau 5 peratus, dalam tempoh sama tahun lepas


Kebakaran sampah terus membentuk sebahagian besar kebakaran (54.6 peratusm, atau 801 kes) di premis kediaman.


Terdapat 64 mangsa (31 kes terhidup asap, 29 kecederaan kebakaran, dan empat kematian) daripada kejadian kebakaran pada separuh pertama tahun ini.


Pasukan itu menjalankan 8,244 pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran pada separuh pertama tahun ini, bertambah sebanyak 18 peratus, atau 6,985.


Pertambahan itu disebabkan peningkatan dalam maklum balas mengenai pelanggaran keselamatan kebakaran yang diterima melalui aplikasi mudah alih mySCDF dan dalam pemeriksaan yang dijadualkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >