Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kebakaran, sebabkan kematian di Bangunan Afro Asia: Lelaki dijel 10 tahun

Apr 01, 2016 | 11:55 AM



SEORANG pemandu teksi berusia 71 tahun yang memukul isteri peguamnya di kepala dengan rantai basikal dan membakar pejabat guaman itu ketika beliau berada di dalam, dijatuhi hukuman maksimum penjara 10 tahun pada Jumaat (1 April).



Pada mulanya, Govindasamy Nallaiah, yang bertikai mengenai yuran dengan peguamnya, dituduh membunuh tetapi dia didapati bersalah pada Februari oleh Mahkamah Tinggi bagi tuduhan lebih ringan menyebab kematian tanpa niat membunuh.



Dia asalnya menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau mati apabila dikenakan pertuduhan yang sangat jarang dikenakan, iaitu melakukan perbuatan yang dia tahu "begitu pasti berbahaya hingga dalam segala kemungkinan akan menyebabkan kematian".



Govindasamy tidak mempertikai bahawa dia memulakan kebakaran itu, yang mengorbankan Cik Low Foong Meng di pejabat suaminya di tingkat enam Bangunan Afro Asia pada Ogos 2011.



Pesuruhjaya Kehakiman Hoo Sheau Peng mendapati Govindasamy pergi ke pejabat itu dengan niat buruk dan perbuatan bahayanya membakar pejabat itu berkemungkinan menyebabkan kematian.



Namun, beliau berkata tidak dibuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa perbuatan Govindasamy itu "begitu pasti berbahaya hingga dalam segala kemungkinan akan menyebabkan kematian".



Ketika menjatuhkan hukuman, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa ia contoh kes lebih serius pembunuhan tanpa niat. Serangan Govindasamy "teruk" dan menyebabkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan, katanya.



Mahkamah diberitahu semasa perbicaraan tahun lalu bahawa Govindasamy berhutang pada Encik Rengarajoo Rengasamy Balasamy, rakan zaman kanak-kanaknya, sebanyak $38,000 bagi yuran guaman apabila beliau mewakilinya dalam satu perbicaraan rasuah pada 2002.



Dia diberi tempoh hingga 10 Ogos 2011 untuk bayar. Pada pagi itu, dia pergi ke pejabat Mr Rengarajoo dan cuba berunding dengan Cik Low.



Govindasamy mengeluarkan rantai basikal dan mangga dan memukul Cik Low di kepala hingga beliau rebah. Dia kemudian menggunakan pemetik api untuk membakar beberapa fail di atas meja sebelum melarikan diri, meninggalkan Cik Low di dalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >