Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes keganasan seksual libatkan teknologi naik; Aware lancar laman web

Kes meningkat 36 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang tertinggi dalam setahun sejak 2016
Jul 15, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 191 kes keganasan seksual yang dipermudah teknologi (TFSV) dilaporkan tahun lalu kepada Pusat Penjagaan Serangan Seksual (SACC) kendalian Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware).



Ini peningkatan 36 peratus berbanding kes tahun sebelumnya, dan merupakan bilangan tertinggi dalam setahun sejak pengiraan dibuat pada 2016.



Aware mengumumkan demikian dalam satu kenyataan semalam, seiring pelancaran laman web baru, Solid Ground, yang menawarkan maklumat dan bimbingan kepada mangsa TFSV di Singapura.



TFSV adalah kelakuan seksual yang tidak diingini yang dilakukan melalui teknologi digital, seperti kamera digital, media sosial dan wadah pengiriman mesej, serta aplikasi temu janji, atau 'dating', dan tempahan kenderaan.



Kelakuan ini termasuk panggilan dan mesej seksual eksplisit, komunikasi berasaskan seks secara paksaan, dan penganiayaan seksual berasaskan imej, iaitu penciptaan, pemerolehan dan/atau penyebaran video atau imej seksual orang lain tanpa izin.



Penganiayaan seksual berdasarkan imej termasuk pengintaian seksual, perkara yang disebut "pornografi balas dendam" dan ancaman melakukan perkara-perkara itu.



Sedang semua kes TFSV melibatkan satu aspek teknologi, penganiayaan itu kadang kala berlaku di ruang luar talian juga, dan boleh mengambil bentuk gangguan seksual secara fizikal atau lisan, rogol, serangan seksual, menghendap, memalukan di tempat awam atau menakut-nakutkan.



Aware berkata mangsa yang ditemui SACC tahun lalu terdiri daripada remaja berusia awal belasan tahun, kepada dewasa berusia 59 tahun.



Bilangan kes paling tinggi terdiri daripada mangsa dalam kumpulan usia 18 hingga 24 tahun, iaitu sebanyak 62 kes, diikuti kumpulan usia 25 hingga 34 tahun sebanyak 43 kes.



Kebanyakan kes tahun lalu melibatkan pelaku yang dikenali oleh mangsa.



Kategori pelaku yang paling tinggi dilaporkan tahun lalu adalah pasangan intim, kini atau lalu (55 kes), diikuti kenalan (40 kes), dan kontak di aplikasi temu janji (19 kes). Jenis pelaku lain termasuk anggota keluarga, kawan dan orang dari tempat kerja.



Klien SACC mengalami TFSV di pelbagai wadah termasuk Telegram, WhatsApp dan Instagram.



"Seperti yang klien kami telah buktikan berulang kali, kesan emosi, mental dan fizikal TFSV setara dengan penganiayaan luar talian, " kata Presiden Aware, Cik Margaret Thomas.



"Ia boleh termasuk kegelisahan, kemurungan, kemarahan, rasa bersalah dan pemikiran membunuh diri. Selain itu, sering kali terdapat kesan praktikal dan kewangan, seperti kerosakan reputasi, terpaksa menutup akaun media sosial, dan sebagainya."




"Seperti yang klien kami telah buktikan berulang kali, kesan emosi, mental dan fizikal TFSV setara dengan penganiayaan luar talian.

Ia boleh termasuk kegelisahan, kemurungan, kemarahan, rasa bersalah dan pemikiran membunuh diri. Selain itu, sering kali terdapat kesan praktikal dan kewangan, seperti kerosakan reputasi, terpaksa menutup akaun media sosial, dan sebagainya."

- Presiden Aware, Cik Margaret Thomas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >