Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kes lelaki disalah tahan: Pemerintah pertimbang buat rayuan

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH mempunyai keprihatinan berhubung satu keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengarahkan seorang lelaki diberi ganti rugi $20,000 kerana dipenjara dengan salah dan sedang mempertimbang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Berucap di Parlimen semalam, beliau berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) juga sedang mempertimbang sama ada perubahan kepada undang-undang diperlukan untuk menangani sebarang jurang yang mungkin timbul antara tujuan dasar dan kedudukannya dalam undang-undang.



Encik Shanmugam berkata demikian semasa menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung penangkapan Encik Mah Kiat Seng pada 2017.



Menekankan pentingnya langkah memperkasa pegawai polis untuk membuat keputusan dengan cepat semasa di tempat kejadian sambil bekerja dalam sekitaran bertekanan tinggi, beliau berkata sekitaran di mana tindakan pegawai polis dikritik secara tidak adil akan menjejas kepercayaan orang ramai terhadap polis.



"Ini juga akan menyebabkan timbulnya sikap pengawasan secara defensif, dengan pegawai di lapangan akan cuba menjalankan tugas seminimum mungkin.



"Mereka akan berasa takut bahawa setiap apa yang mereka lakukan akan terlalu diteliti dan dikritik secara tidak adil.



"Adalah lebih mudah dalam situasi sedemikian untuk tidak berbuat apa-apa," ujar Encik Shanmugam.



Tambahnya, polis juga telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka mempunyai pandangan yang berbeza daripada keputusan yang dibuat mahkamah.



"Polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) akan meneliti butiran ini (sebab mahkamah mencapai keputusannya) dan memutuskan sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu," ujarnya.



Dalam satu keputusan bertulis yang dikeluarkan bulan lalu, Hakim Philip Jeyaretnam mendapati bahawa pegawai polis Mohamed Rosli Mohamed mengada-adakan pemerhatian bahawa Encik Mah, 48 tahun, menggumam kepada dirinya sendiri dan meludah ke dalam beg plastik untuk mewajarkan beliau menangkapnya di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan).



Mulanya pegawai itu mendakwa dalam afidavit bahawa Encik Mah kadangkala menggumam kepada dirinya sendiri, namun kemudian menarik balik dakwaan itu selepas menonton rakaman kamera yang dipakai pada tubuhnya.



Dalam kes itu, Encik Jeyaretnam mendapati bahawa pegawai yang menangkap Encik Mah bertindak dengan niat buruk dan terdapat kesilapan individu oleh pegawai polis terbabit yang menyebabkan Encik Mah dipenjara dengan salah, walaupun kurang sehari.



Sementara MHA perlu bersikap tegas dalam mendukung piawaian tertinggi bagi polis, Encik Shanmugam menarik perhatian perlunya untuk memastikan analisis terhadap keputusan yang dibuat pegawai di lapangan adalah wajar dan adil.



Menggariskan rangka kerja sedia ada untuk memastikan pegawai polis berkelakuan sejajar dengan undang-undang, Encik Shanmugam berkata polis membentuk barisan pemeriksaan pertama dan terdapat proses untuk menyiasat sebarang penyalahgunaan kuasa.



Jika perlu, kementerian juga boleh membentuk panel semakan bebas yang antara lain merangkumi mantan hakim dan mantan pegawai awam kanan untuk menilai keadilan dan ketelitian siasatan dalaman secara bebas.



"Dan jika kesalahan jenayah berpotensi didedahkan, kami menyarankan pendakwaan di mahkamah dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menangani hal tersebut," ujarnya.



Encik Shanmugam berkata seramai 78 pegawai polis telah dikenakan prosiding disiplin secara purata setiap tahun sepanjang tiga tahun lalu.



Tambahnya, sekitar 10 pegawai juga telah didakwa di mahkamah bagi kesalahan jenayah setiap tahun sepanjang tiga tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >