Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Majlis Pusat didengar lagi Jun ini

Apr 16, 2015 | 05:29 PM



KES tiga bekas pemimpin Majlis Pusat dan seorang vendor, yang menghadapi tuduhan cuba menipu sebuah kementerian dan tiga agensi pemerintah berhubung perbelanjaan projek penyalaan lampu Raya Geylang Serai akan melalui satu lagi persidangan sebelum perbicaraan (PTC) pada Jun ini.


Mahkamah Negara dalam satu PTC yang diadakan tadi menetapkan PTC seterusnya pada 11 Jun.


Namun, menurut peguam Encik Hamidul Haq, dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang, peguam bela tertuduh akan menemui pihak pendakwa untuk lebih memahami tuduhan yang dikenakan ke atas klien mereka.


PTC tadi mengenai penyerahan dokumen berkaitan tuduhan-tuduhan itu daripada pihak pendakwa raya kepada peguam bela.


Dalam kes tersebut, tertuduh dikenakan antara lima dengan 11 tuduhan setiap seorang, antaranya melibatkan perbuatan bersubahat cuba menipu Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS), Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional di bawah Sekretariat Majlis Perpaduan Nasional, dan Lembaga Totalisator Singapura.


Tertuduh, mantan presiden Majlis Pusat Saharudin Kassim diwakili peguam bela Cik Melanie Ho, manakala mantan pengurus Gazaly Malek diwakili Encik Amarjit Singh.


Mantan setiausaha kewangan Abdul Ghani Tahir pula diwakili Encik Hamidul Haq manakala Salleh Sam, pemilik syarikat MCC Events & Production yang diberi kontrak mengendalikan projek penyalaan lampu Raya, diwakili peguam Encik Savliwala Fakhruddin Huseni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >