Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Majlis Pusat: Salleh Sam kata Saharudin minta invois kosong

May 17, 2016 | 07:37 PM



PENGURUS syarikat MCC Events and Productions (MCCEP) Salleh Sam tampil memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Saharudin Kassim dan Abdul Ghani Tahir di Mahkamah Negara, sebentar tadi.



Saharudin dan Abdul Ghani menghadapi tuduhan cuba menipu agensi pemerintah dalam projek penyalaan lampu Hari Raya Geylang Serai.



Semasa disoal, Salleh akui beliau diminta bekas presiden Majlis Pusat, Saharudin untuk mengadakan acara-acara menjelang hari raya, termasuk sidang media di Joo Chiat Complex, pelancaran penyalaan lampu Hari Raya dan juga acara kebudayaan selama 30 hari pada bulan Ramadan.



"Saya telah menerima tawaran itu walaupun ia satu risiko," ujarnya.



Apabila ditanya mengapa ia satu risiko, beliau berkata:



"Risikonya adalah saya hanya akan menerima bayaran daripada Majlis Pusat apabila mereka menerima dana dari Lembaga Pleancongan Singapura (STB). Selalunya peniaga tidak akan bersetuju dengan cara ini," katanya.



Semasa perbicaraan hari ini, Salleh juga menambah Saharudin telah memintanya untuk memberikan invois kosong apabila invois perkhidmatan yang telah disiapkan Salleh dikatakan kurang baik untuk diberikan kepada STB.



"Saya mempercayai Encik Saha sepenuhnya, semasa memberikan invois kosong itu saya tidak mempunyai sebarang kecurigaan kecuali untuk dia menukar formatnya," katanya.



Namun dia berkata dia mendapat tahu selepas itu bahawa invoisnya itu telah ditukar format dan dan jumlah yang beliau berikan pada mulanya juga telah dinaikkan.



Tetapi dia hanya membiarkannya kerana takut tidak dibayar wang perkhidmatannya.



Salleh akan kembali memberikan keterangan di mahkamah esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >