SINGAPURA menghantar hujah balas terhadap permohonan Malaysia - mahu mengubah keputusan 2008 yang memberikan kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura - kelmarin.
Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata ia telah menyerahkan pengamatan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) - satu "hujah balas secara menyeluruh" terhadap permohonan Malaysia yang dibuat Februari lalu.