Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan di S'pura tidak mungkin merosot: Polis

Interpol dan agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara ingin ketahui lebih lanjut taktik antipenipuan yang digunakan S'pura
Jan 12, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN kes penipuan di sini tidak mungkin merosot dalam beberapa tahun mendatang kerana jenayah sebegini terlalu menguntungkan buat penjenayah, kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aileen Yap, Penolong Pengarah Pasukan Anti-Penipuan (ASCom).



DAC Yap berkata pihak berkuasa telah menangani masalah itu secara agresif dengan menggunakan pendekatan seluruh pemerintah dan menggesa pihak berkepentingan daripada sektor swasta dan masyarakat untuk memerangi penipuan bersama.



Usaha antipenipuan Singapura juga telah mendapat perhatian beberapa pihak berkuasa luar negara.



Menurut DAC Yap Interpol dan agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk dari Perancis, Thailand dan Malaysia, telah menghubungi pihak berkuasa Singapura untuk mengetahui lebih lanjut mengenai taktik antipenipuan yang digunakan negara ini.



Namun begitu, beliau juga berkata pihak penjenayah juga telah mengawasi tindakan penguatkuasaan undang-undang dan sentiasa mengubahsuai operasi mereka untuk mengelak daripada dikesan.



"Masalah penipuan ini telah berleluasa bukan sahaja di Singapura tetapi di seluruh dunia. Sejak 2017, Singapura telah menyaksikan trend yang semakin meningkat, dengan lebih banyak wang yang lesap setiap tahun," kata DAC Yap.



"Jelas bahawa kes penipuan akan kekal sebagai sebahagian daripada landskap jenayah dalam jangka masa ini."



Jenayah penipuan menjadi antara jenayah yang membimbangkan pada 2016, apabila terdapat lebih daripada 5,300 kes dilaporkan. Bilangan itu meningkat setiap tahun sejak dari itu.



Pada 2021, terdapat hampir 24,000 kes penipuan yang dilaporkan dengan kerugian sekurang-kurangnya $633.3 juta.



Jumlah kerugian hampir 2.5 kali ganda daripada $268.4 juta yang dicuri oleh penjenayah pada tahun sebelumnya.



Pada separuh pertama 2022 sahaja, lebih daripada 14,000 kes telah dilaporkan, dengan kerugian berjumlah lebih daripada $227 juta.



DAC Yap berkata Singapura mengamalkan pendekatan pelbagai serampang untuk menangani jenayah penipuan ini, termasuk mengajak orang ramai mengambil langkah aktif untuk melindungi diri mereka dan orang tersayang.



DAC Yap berpendapat bahawa memandangkan penjenayah sering mengubah taktik serta modus operandi mereka bagi mengelak pengesanan, kewaspadaan masyarakat yang lebih peka terhadap jenayah ini menjadi barisan pertahanan yang terbaik.



"Penjenayah kes penipuan kini lebih canggih dan sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk menjerat mangsa mereka," katanya.



"Kami mempunyai kes di mana, walaupun terdapat banyak penglibatan (oleh pihak berkuasa) dengan mangsa, mereka masih lagi tidak mengendahkan amaran yang diberikan dan lebih suka mempercayai penipu."



Beliau berkata ianya tidak cukup untuk orang ramai hanya mengetahui tentang gejala penipuan. Mereka juga harus secara aktif menyemak dan memberi amaran kepada orang yang mereka sayangi.



Beliau menambah orang ramai juga perlu berusaha untuk melindungi diri mereka dengan bertindak terhadap menjadi mangsa penipuan, kerana akan sentiasa adanya penjenayah kes penipuan yang baru.



"Dan sebaik sahaja kita mengambil sikap sambil lewa, kita akan terdedah dengan jenayah ini.



"Kami tidak boleh duduk diam dan menjangkakan bahawa jenayah penipuan akan, suatu hari nanti, hilang," tegasnya.



Satu seminar antipenipuan anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) dengan kerjasama The Straits Times (ST) akan diadakan pada 18 Januari di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.



Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, akan menjadi moderator pada seminar antipenipuan untuk membincangkan kesan penipuan dan perkara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk melindungi diri mereka.



'Scaminar! ACT Against Scams' akan diadakan dalam format hibrid di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura dan secara maya melalui penstriman secara langsung pada Rabu depan.



Acara itu akan menampilkan perbincangan dengan ahli panel daripada sektor awam, swasta dan masyarakat, dan akan dihoskan oleh The Flying Dutchman dari stesen radio, One FM 91.3.



Cik Sun, yang juga tetamu kehormat, akan menjadi moderator bagi salah satu perbincangan panel manakala satu lagi akan dikendalikan oleh wartawan multimedia The Straits Times, Encik Hairianto Diman.



Perbincangan panel pertama adalah tentang perkara yang boleh dilakukan oleh individu untuk melindungi diri mereka daripada penipuan.



Perbincangan kedua ialah tentang bagaimana orang ramai boleh mengambil langkah untuk melindungi orang tersayang dan orang lain dalam masyarakat.



Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi laman str.sg/scaminar dan untuk butiran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >