Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan telefon gunakan nama OCBC naik mendadak

Jul 18, 2016 | 12:58 PM



OCBC Bank menasihatkan pelanggan dan orang ramai supaya berhati-hati selepas kenaikan mendadak kes penipuan telefon menggunakan nama bank itu dalam beberapa minggu kebelakangan.



Dalam satu kenyataan media pada Isnin (18 Julai), OCBC berkata ia menerima 1,081 panggilan dari 1-17 Julai daripada pelanggan dan orang ramai mengenai perkara itu, berbanding 16 pada keseluruhan April.



Sehingga kini, lebih 1,200 panggilan telah diterima mengenai isu tersebut, katanya.



OCBC berkata penipuan telefon itu biasanya bermula dengan individu menerima panggilan suara automatik yang meminta respons.



Panggilan itu, katanya, menyamar sebagai syarikat kurier dan bank.



Nombor pemanggil sama ada enam atau tujuh angka yang kelihatan berasal dari luar Singapura, sebuah nombor peribadi (pengenalan pemanggil ditunjukkan), atau dalam beberapa kes, nombor telefon rasmi OCBC (+65 6363-3333 ) atau nombor rasmi itu dalam beberapa perubahan (misalnya 065 6363-3333).



Setelah mengikuti arahan agar memasukkan nombor, individu itu akan dipindahkan ke seorang yang bertutur bahasa Mandarin dengan loghat bukan tempatan, kata OCBC.



Orang ini akan meminta maklumat peribadi atau perbankan individu itu, termasuk nombor akaun dan butiran kontek.



OCBC menegaskan ia tidak memulakan panggilan suara automatik yang memerlukan respons interaktif.



Ia berkata bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa komunikasinya, kecuali pelanggan telah menyatakan atau menggambarkan keinginan menggunakan bahasa lain.



Walaupun OCBC mungkin mengemukakan soalan kepada pelanggan bagi mengesahkan identiti mereka, soalan itu tidak berkaitan maklumat keselamatan seperti PIN dan akaun.



OCBC berkata pelanggannya tidak akan diminta membuat sembarang pemindahan dana ke akaun bank lain.



Jika ragu-ragu mengenai kesahihan sesuatu panggilan, pelanggan dinasihatkan menamatkan panggilan itu dan kemudian menghubungi OCBC di 1800 363-3333 (+65 6363-3333 jika di luar negara) untuk mengesahkannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >