Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Platinium Dogs Club: Wanita hadapi 13 tuduhan

Jun 15, 2020 | 10:45 AM



SEORANG wanita berusia 31 tahun akan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pelbagai kesalahan berkaitan pengendalian sebuah hotel haiwan, "Platinium Dogs Club".



Dalam kenyataan bersama hari ini, Polis, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menyatakan tindakan ini diambil hasil konsultasi dengan Pejabat Peguam Negara (AGC).



Menurut kenyataan tersebut, wanita itu akan berdepan dengan 13 tuduhan:



1. Enam tuduhan atas kegagalan mengambil langkah wajar memastikan haiwan disediakan dengan makanan dan air mencukupi di bawah Akwa Binatang dan Burung (ABA), yang boleh membawa kepada denda sebanyak $40,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.



2. Satu tuduhan atas kegagalan mengambil langkah wajar bagi memastikan seseekor binatang itu dilindungi dari, dan secara pantas diperiksa, bagi mengetahui tahap kecederaan atau penyakit di bawah ABA.  Ia membawa hukuman penjara $40,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.



3. Satu tuduhan kerana gagal mengambil langkah wajar untuk menemukan semula seseekor binatang apabila ia hilang di bawah ABA, yang membawa hukuman penjara $40,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.



4. Satu tuduhan kerana menyebabkan sakit atau membiarkan seseekor binatang menanggung sakit di bawah ABA, membawa hukuman penjara $40,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.



5. Satu tuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada seorang kakitangan awam di bawah Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.



6. Satu tuduhan menghalang, mencegah, merubah atau menggagalkan tindakan keadilan di bawah Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. 



7. Satu tuduhan tidak mendaftar perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Nama Perniagaan (BNRA), yang membawa hukuman denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.



8. Satu tuduhan bersubahat dalam memberi maklumat palsu kepada Pendaftar di bawah Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. 



Ketiga-tiga agensi telah menjalankan siasatan menyeluruh dalam pelbagai aspek.



Memandangkan kes kini di mahkamah, ketiga-tiga agensi menasihatkan semua pihak dari membuat spekulasi atau mengulas tentang kes ini sehingga selepas selesai prosiding mahkamah. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >