TIGA pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat pengeluar bahagian mesin telah memberi lebih AS$300,000 ($406,800) sebagai rasuah kepada bekas pengurus bekalan global Apple selama lebih 10 bulan dan mendapat penjualan bernilai sekitar AS$12.4 juta dengan syarikat teknologi besar itu.
Tan Thiam Chye, 58 tahun; Tan Kah Huat, 47 tahun; dan Chuow Chun Lim, 46 tahun, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 27 minggu semalam.