Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes roda basikal tersangkut dalam jeriji longkang: Penunggang saman PUB sekurang-kurangnya $578,000

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penunggang basikal yang jatuh dan cedera selepas roda depan basikalnya tersangkut dalam jeriji longkang menuntut sekurang-kurangnya $578,000 sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian terhadap agensi air negara PUB.



Perbicaraan tiga hari untuk menentukan isu liabiliti itu dibuka di Mahkamah Tinggi semalam.



Jika PUB didapati bertanggungjawab, perbicaraan berasingan akan diadakan untuk menilai kuantum ganti rugi itu.



Warga Myanmar, Encik Maung Maung Aung Soe Thu, 42 tahun, yang kini tempang dan menggunakan tongkat, berhujah bahawa PUB "melanggar kewajipan penjagaan terhadapnya" dengan gagal memastikan jeriji longkang di sepanjang jalan raya itu adalah selamat untuk pengguna jalan raya.



PUB menafikan bahawa ia cuai dan berhujah bahawa ia "tidak mempunyai sebarang kewajipan penjagaan sedemikian".



Menukil ujian undang-undang bagi menetapkan kewajipan penjagaan, PUB berhujah bahawa adalah tidak dapat diramalkan secara fakta bahawa kegagalan untuk memeriksa, menyelenggara atau menggantikan jeriji itu akan mengakibatkan kemudaratan yang dialaminya.



PUB berkata kemungkinan penunggang basikal mengalami kecederaan sederhana hingga serius akibat kemalangan yang melibatkan jeriji longkang adalah 0.00001 peratus setahun, dan menyatakan bahawa jurang yang roda basikal itu tersangkut hanya berukuran 3 sentimeter.



Kos untuk memeriksa lebih sejuta jeriji, mengukur jurang dan menggantikan jeriji yang terjejas sebaliknya adalah sangat besar kata PUB.



Encik Maung Maung, yang bekerja di sini sebagai penolong kejuruteraan kanan pada masa itu, sedang berbasikal bersama seorang rakan di sepanjang Changi Point Coastal Walk apabila kemalangan itu berlaku pada 16 Januari tahun lalu.



Beliau mengalami kecederaan kepala dan tulang belakang, retak tulang muka dan pelbagai luka di muka dan bibir.



Dalam afidavitnya, beliau berkata terdapat daun-daun kering di sepanjang tepi jalan yang mengaburi pandangannya terhadap jurang itu.



Semalam, ketika beliau memberi kenyataan, beliau berkata melalui penterjemah bahawa beliau tidak melihat jeriji itu kerana beliau telah menoleh untuk memeriksa lalu lintas.



Perbicaraan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >