Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rogol wanita sama tiga kali: Lelaki akui salah sehari lepas menafikannya

May 05, 2016 | 08:31 AM



SEHARI selepas mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita di tiga tempat berbeza dalam masa 20 minit di sebatang jalan, seorang lelaki berusia 30 tahun mengubah fikiran dan mengaku bersalah.

Lim Choon Beng mengaku bersalah terhadap dua tuduhan rogol, satu tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan mencabul kehormatan teruk.

Empat lagi tuduhan akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhuo Wenzhao memberitahu mahkamah Lim, yang menganggur, duduk minum bersama rakan-rakannya di Robertson Quay sebelum dia mendekati mangsa di Martin Road pada kira-kira 3 pagi pada 9 Feb 2013.

Wanita berusia 24 tahun dari China itu, yang bekerja sebagai penghibur di lounge, sedang berjalan pulang ke apartmennya di Havelock Road.

Lim, yang berumur 26 tahun ketika itu, bertanya wanita tersebut apakah beliau warga China dan apakah beliau suka lelaki Amerika.

Dia kemudian menarik beliau dan menolaknya ke kawasan berumput di depan kondominium Watermark pada kira-kira 3.15 pagi.

Wanita itu merayu kepada Lim supaya melepaskannya, tetapi dia tidak memperdulikannya dan merogolnya.

Apabila beberapa kereta lalu, Lim berhenti. Namun, pada kira-kira 3.25 pagi, dia menarik beliau di sepanjang Rodyk Street dan menghentak kepalanya pada tembok di kondo Robertson 100.

Wanita itu merayu sekali lagi agar dibebaskan tetapi Lim merogolnya lagi.

Berfikir bahawa beliau boleh mendapatkan bantuan daripada seorang pengawal keselamatan, wanita itu mencadangkan supaya mereka pergi ke apartmennya.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan wanita di kondo The Inspira menghubungi polis selepas melihat Lim di atas mangsa, yang sedang menangis.

Pada kira-kira 3.35 pagi, apabila Lim dan mangsa tiba di River Valley Close, dia menindih wanita itu di tanah, memaksa beliau melakukan seks oral dan merogolnya lagi.

Kali ini, wanita itu dapat melarikan diri. Beliau kemudian menahan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dan juga menghubungi seorang rakannya supaya memanggil polis.

Apabila wanita itu kembali ke River Valley Close, beliau mendapati pegawai polis sedang bersama Lim di tempat kejadian dan segera menunjukkannya sebagai orang yang merogolnya.

Kes itu ditangguh ke Jumaat bagi hujah penjatuhan hukuman. Hukuman maksimum bagi rogol dan serangan seksual ialah penjara 20 tahun serta sebat atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >