Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serangan di ITE: Remaja diberi peluang ubah diri

ITE
Apr 22, 2016 | 09:43 AM



SEORANG pelajar berusia 17 tahun yang mengelar seorang remaja dengan pisau roti di sebuah kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun lalu diberi peluang untuk berubah pada Khamis (21 Apr).



Ini selepas Mahkamah Tinggi mendengar rayuan terperinci mengenai latar belakang keluarganya yang "tidak stabil".



Daripada terpaksa menjalani hukuman penjara 18 bulan dan sebat enam kali, Muhammad Zuhairie Adely Zulkifli kini akan menjalani program pemulihan, rejim ketat selama 18 bulan hingga tiga tahun yang bertujuan memulihkan pesalah muda.



Semasa membenarkan rayuan Zuhairie, Hakim Chan Seng Onn memberitahu remaja itu beliau bersedia memberinya peluang kerana usia mudanya.



Beliau juga mengingatkan Zuhairie bahawa dia telah melakukan satu kesalahan serius dan menggesanya supaya belajar mengurus kemarahannya.



"Lebih baik gunakan peluang ini untuk mengubah diri awak," kata Hakim Chan.



Terdahulu, peguam Zuhairie, Encik Benny Tan, menyediakan butiran didikan yang diterima remaja itu dalam usaha membuat mahkamah memahami tindakan ganasnya terhadap Ahmad Nur Thaqif Shahid, 18 tahun.



Zuhairie dibesarkan dalam "sekitaran rumah tidak stabil, dengan masalah kewangan, penjagaan ibu bapa tidak konsisten dan keganasan rumah tangga", kata Encik Tan, yang memetik laporan psikologi pemerintah.



Ibu bapanya menyalah guna bahan terlarang di rumah, dan masuk dan keluar penjara atas pelbagai kesalahan.



Menurut laporan itu, Zuhairie menyaksikan keganasan rumah tangga semasa kanak-kanak, dan itu mungkin membuat dia "memahami hubungan antara manusia melalui sikap bermusuhan dan langsangan fizikal".



Pada 2012, ketika berusia 12 tahun, dia diletak di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM). Rumah kebajikan itu yang mendapatkan firma Encik Tan, Trident Law Corporation, supaya membela Zuhairie.



Dia menunjukkan kemahiran kepimpinan dan kemajuan positif di rumah kebajikan itu serta menunjukkan prestasi baik di Sekolah Northlight. Zuhairie kini sedang belajar untuk mengulangi peperiksaan GCE peringkat 'N'.



Encik Tan berkata penjara akan mendedahkannya kepada pengaruh negatif penjenayah dan menghantar mesej bahawa pemulihan tidak penting.



Program pemulihan boleh memberinya bimbingan yang ibu bapanya tidak beri, dan juga mempunyai kesan pencegahan, ujar beliau.



Pihak pendakwaan berhujah Zuhairie mempunyai kecenderungan ke arah keganasan dan hukuman program pemulihan tidak mencukupi bagi serangan berani dan terang-terangan yang dilakukannya.



Mahkamah diberitahu semasa perbicaraan bahawa Zuhairie kali pertama bertemu Nurthaqif pada 7 Mac di Clarke Quay. Dia memabggil temanita Nurthaqif, Norhalizah Abdul Wahab, 17 tahun, "baby", dan mereka bercakap sekejap.



Apabila Norhalizah pergi ke tandas, Nurthaqif bersemuka dengan Zuhairie. Tiga hari kemudian, Nurthaqif pergi ke kampus ITE College West pada 12.30 tengah hari untuk bertemu Norhalizah, seorang pelajar tahun pertama di sana.



Apabila ternampak Nurthaqif, Zuhairie bersemuka dengannya dan berkata dia tidak puas hati dengannya.



Zuhairie kemudian pergi ke lokernya dan mengambil sebilah pisau roti sepanjang 35 sentimeter.



Dia mengelar Ahmad Nurthaqif di khalayak ramai hingga mangsa mengalami beberapa kecederaan, termasuk lengan dan dua jarinya patah.



Serangan tersebut dirakam dalam video oleh seorang pelajar dan klipnya menjadi viral di media sosial.



Pada Oktober lalu, Zuhairie mengaku bersalah bagi serangan tersebut dan merusuh dalam satu kejadian berasingan pada 20 April tahun lalu.



Pertuduhan ketiga melarikan diri dari RKM pada 31 Mac tahun lalu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >