Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes TB di Ang Mo Kio: Bagaimana 6 pesakit dijangkiti jadi misteri

Jun 16, 2016 | 09:44 AM



BAGAIMANA enam orang daripada empat keluarga berbeza di Ang Mo Kio dijangkiti penyakit batuk kering (TB) tahan aneka ubat jenis sama menjadi misteri.



Enam pesakit itu memberitahu pegawai Kementerian Kesihatan (MOH) selain daripada tiga orang dari keluarga yang sama, mereka tidak tahu atau berinteraksi dengan satu sama lain dan tidak berkumpul di kawasan umum.



Mereka berumur antara awal 20-an hingga 70 tahun.



Kes indeks (pertama di kenal pasti) ialah seorang lelaki yang pertama kali didiagnosis dengan TB tahan ubat pada Februari 2012. Seorang lagi anggota keluarganya disahkan menghidap jenis sama penyakit itu tiga bulan kemudian.



Tahun itu, seorang wanita yang tinggal di unit sama juga didiagnosis dengan TB bentuk pendam. Ini bermakna beliau tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit ini. Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, beliau juga menunjukkan jangkitan aktif.



Pada Mei 2014, salah seorang jiran mereka didiagnosis dengan TB jenis sama. Orang kelima didiagnosis pada Oktober tahun lalu.



Apabila orang keenam dibawa kepada perhatian seorang doktor di Unit Kawalan TB Hospital Tan Tock Seng (TTSH), beliau mendapati ia TB jenis yang sama yang dijangkiti pesakit lain yang tinggal di blok yang sama, dan memberitahu MOH.



Pihak berkuasa enggan memberi banyak butiran mengenai enam pesakit, untuk mengekalkan privasi mereka. Bagaimanapun, mereka mengesahkan dua keluarga tinggal di tingkat sama, sementara dua lagi agak jauh.



Dr Jeffery Cutter, pengarah bahagian penyakit berjangkit di MOH, berkata sangat tidak mungkin para pesakit itu dijangkiti TB melalui berkongsi lift yang sama, sebagai contoh.



"Ia boleh berlaku, tetapi kami rasa kemungkinannya rendah," katanya. "Jangkitan TB memerlukan hubungan rapat dan berpanjangan."



Malah dalam kalangan ahli keluarga sama, bakteria TB boleh mengambil masa berhari atau berminggu untuk merebak. Ia tidak boleh dijangkiti dengan menyentuh sesuatu permukaan yang telah dibatukkan oleh orang yang telah terjangkit.



Profesor Sonny Wang, pengarah Unit Kawalan TB di TTSH, berkata beliau percaya mungkin ada hubungan antara enam orang itu yang doktor tidak dapat kenal pasti.



"Kami menghadapi beberapa kesukaran untuk mendapatkan orang ramai mendedahkan kegiatan harian mereka kepada kami, dan mereka akan memberitahu kami hanya perkara-perkara jelas, seperti mereka pergi bekerja... dan sebagainya," katanya.



"Mungkin mereka memang bukan kenalan rapat, dan mereka kenalan secara kebetulan, tetapi kami rasa ini satu keadaan sangat luar biasa kerana ini bukan cara TB biasanya merebak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >