Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes TB di Ang Mo Kio: Risiko wabak rendah, tidak perlu panik

TB
Jun 17, 2016 | 10:53 AM



PAKAR Pemerintah dan jagaan kesihatan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko wabak batuk kering (TB) berlaku di Singapura adalah rendah.



TB, terutama jenis tahan pelbagai ubat yang berlaku di Ang Mo Kio, tidak begitu selalu berlaku.



Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), insiden TB dalam kalangan warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura tahun lalu ialah 38.4 setiap 100,000 orang - kedua terendah di Asia selepas Jepun.



TB jenis tahan pelbagai ubat membentuk hanya sebahagian kecil daripada jumlah itu.



Dr Jeffrey Cutter, pengarah bahagian penyakit berjangkit MOH, menganggarkan kadar insidennya kurang 1 peratus daripada jumlah penyakit TB yang didiagnosis di sini.



Tahun lepas, Singapura mengalami kurang 10 kes TB jenis itu daripada hampir 1,500 kes TB yang berlaku.



TB merebak melalui titisan pernafasan halus dari orang yang dijangkiti. Mereka yang mempunyai TB besar kemungkinan menyebarkan kepada orang yang berhubungan rapat dan lamanya dengannya, seperti ahli keluarga, kawan dan rakan sekerja.



Walaupun TB boleh membawa maut - terdapat 55 kematian TB pada 2014 - doktor menekankan ia boleh dirawat, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (17 Jun).



"Tidak seperti HIV atau penyakit kencing manis, yang merupakan penyakit kronik, TB hilang apabila pesakit melengkapkan regimen ubat," kata Dr Leong Hoe Nam, seorang pakar penyakit berjangkit di Hospital Mount Elizabeth Novena.



Dr Wong Wei Mon, timbalan pengarah perubatan Raffles Medical, berkata TB biasa biasanya memerlukan rawatan enam hingga sembilan bulan melibatkan pelbagai ubat.



Pesakit TB jenis tahan pelbagai ubat pula diberi ubat-ubatan barisan kedua untuk tempoh lebih lama "hingga 18 bulan".



Pesakit TB biasa boleh pulang ke tempat kerja atau sekolah selepas rawatan dua minggu kerana mereka tidak lagi berjangkit. Mereka yang mengalami TB jenis tahan pelbagai ubat terpaksa tinggal lebih lama di hospital bagi doktor menentukan ubat sesuai untuk diberi.



Dr Cutter menggalak warga Singapura tidak menjauhi pemeriksaan TB.



"Pengesanan awal adalah kunci. Hampir semua kes TB akhirnya dirawat... Tidak ada sebab untuk panik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >