Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tembakan Shangri-La: Lelaki mahu ke Orchard Towers lepas tidak dapat pelacur di Geylang

Jan 27, 2016 | 08:24 AM



MEREKA ingin ke Orchard Towers selepas gagal mendapatkan pelacur di Geylang, tetapi tersalah masuk kawasan pusat pemeriksaan keselamatan tinggi di luar Shangri-La Hotel.



Memandangkan terdapat dadah di dalam kereta itu dan mereka diburu polis, pemandu berusia 34 tahun kereta tersebut, Mohamad Taufik Zahar, digesa oleh salah seorang penumpang supaya memandu terus.



Dia memecut ke arah hotel itu, tetapi sepasang pegawai Gurkha melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan tersebut.



Satu peluru mengena kepala Taufik, dekat telinga kanannya. Tidak ada luka peluru itu keluar kerana ia terserpih apabila terkena. Taufik meninggal dunia di tempat kejadian.



Butiran dramatik pada awal pagi 31 Mei lalu ini didedahkan pada Selasa (26 Jan) semasa siasatan koroner ke dalam kematian Taufik.



Hotel di Orange Grove Road itu dan kawasan sekitarnya diletak di bawah keselamatan ketat dari 28 hingga 31 Mei, kerana ia menjadi tuan rumah bagi Dialog Shangri-La, sidang puncak keselamatan utama yang dihadiri menteri pertahanan dan ketua tentera dari 27 negara.



Kebimbangan utama ialah kenderaan membawa bahan letupan tergubah suai - senjata yang biasa digunakan dalam serangan pengganas, ujar Kaunsel Negara yang juga Peguam Cara Negara Kedua, Encik Kwek Min Luck berkata.



Mahkamah diberitahu bahawa Taufik bertengkar dengan isterinya hari itu. Pada kira-kira tengah malam, selepas isterinya tidur, diamengambil kunci kereta Subaru sewanya dan memandu untuk menemui dua kawan di Geylang. Tidak dapat mencari pelacur di sana, mereka memutuskan menuju ke Orchard Towers.



Ketiga-tiga mereka bersetuju untuk mengelakkan sembarang sekatan jalan raya di sepanjang jalan.



Mereka semua telah mengambil dadah secara berasingan dan dua daripada mereka mempunyai dadah ketika itu.



Taufik dan salah seorang daripada kawannya turut dikehendaki polis - Taufik sebab tidak menghadiri sidang sebelum perbicaraan kerana mencuri, penggunaan dadah dan ugutan jenayah; dan rakannya bagi kesalahan berkaitan dadah dan tidak berhenti di sekatan jalan raya.



Bagaimanapun, Taufik terlepas satu belokan ke Claymore Hill di Draycott Drive mengarah Draycott Park dan terpaksa mengambil belokan seterusnya ke Draycott Drive mengarah Ardmore Park.



Pada 4.17 pagi, dia memandu lalu seorang pegawai polis tambahan yang ditempatkan di Ardmore Park. Dia menghentikan kereta itu di hadapan seorang pegawai ;polis tambahan kedua, yang ditempatkan di antara dua lapisan pengadang konkrit untuk mengawal dan mengarahkan lalu lintas ke sebuah stesen pemeriksaan kenderaan.



Dia kemudian memandu lalu lapisan ketiga halangan konkrit pada permulaan stesen pemeriksaan kenderaan dan menghentikan kereta di hadapan dua pegawai polis. Kedua-dua mereka mendekati kenderaan itu di sebelah kiri, dan meminta tingkap hadapan sebelah kiri dan belakang diturunkan.



Rakan Taufik, Mohamed Ismail, 32 tahun, duduk di tempat duduk penumpang depan, manakala seorang lagi, Muhammad Syahid Mohamed Yasin, 27 tahun, duduk di tempat duduk penumpang tengah belakang.



Syahid kelihatan gelisah dan bertanya kepada pegawai polis melalui tingkap mengapa mereka diperiksa. Tetapi sebelum mereka boleh jawab, dia menjerit kepada Taufik "Jalan! Jalan!" dalam bahasa Melayu.



Salah seorang pegawai polis mengetuk tingkap kereta itu berulang kali sambil menjerit "Stop!" (berhenti), tetapi tidak diendah.



Apabila kereta itu merempuh lapisan keempat halangan keselamatan konkrit, pegawai polis membunyikan hon udara sambil memekik "Dash Through!" (memecut lalu) beberapa kali.



Pegawai Gurkha kemudian menembak ke arah kereta itu lima kali. Ismail dan Syahid melarikan diri apabila kereta itu berhenti.



Ismail telah dihukum penjara lapan tahun dan rotan tiga kali bagi kesalahan dadah, sementara Syahid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebat tiga kali kerana bersubahat melakukan tindakan terburu-buru dan kesalahan dadah tahun lalu.



Siasatan koroner diteruskan hari ini.



 



Ralat: Laporan awal menyatakan nama pemandu sebagai Mohamed Taufik Zahar. Ia telah diperbetulkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >