Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu dalam talian tiket konsert, telefon bimbit bertambah

Sep 20, 2016 | 11:54 AM



PENIPUAN dalam tipuan bertambah dengan banyak pada separuh pertama tahun ini (2016), kata Pasukan Polis Singapura dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa (20 Sept).



Ia biasanya melibatkan perbuatan menipu mangsa agar membayar bagi barangan seperti telefon bimbit dan tiket masuk konsert tempatan.



Polis berkata 1,145 kes penipuan melibatkan e-dagang dilaporkan dari Januari hingga Jun tahun ini - bertambah 13.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



Kira-kira tujuh daripada 10 laporan dibuat oleh mangsa yang menggunakan pasar komuniti dalam talian seperti Carousell, Gumtree dan Facebook untuk transaksi dalam talian.



Dalam kebanyakan kes, penipu menyamar sebagai penjual talian dan meminta pembeli membuat bayaran muka - sama ada sebagai cengkeram atau bayaran penuh - ke akaun bank tempatan sebelum barang boleh dihantar.



Selepas pembayaran dibuat, si penipu tidak dapat dihubungi, kata polis.



Terdapat juga kes tiket palsu diberi kepada mangsa, yang kemudian tidak dapat memasuki sesebuah acara.



Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berikut apabila membeli-belah dalam talian:



- Ingatlah bahawa pihak yang anda berurusan dalam talian adalah orang asing. Sebelum melaksana sesuatu transaksi, pelajari bagaimana laman web dalam talian itu melindungi kepentingan anda atau boleh membantu anda menyelesaikan pertikaian;



- Jika boleh, bayar hanya selepas penghantaran;



- Jika bayaran muka diperlukan, gunakan platform beli-belah yang menyediakan kemudahan pembayaran anda dilepaskan kepada penjual hanya selepas anda menerima barang



- Sedarilah walaupun pesalah boleh memberi salinan kad pengenalan atau lesen memandu untuk mendapatkan kepercayaan anda, ia tidak semestinya milik orang yang berkomunikasi dengan anda dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >