Kes tipu janda kaya: Yang Yin ngaku bersalah terhadap 120 tuduhan

BEKAS pemandu pelancong China Yang Yin telah mengaku bersalah terhadap 120 tuduhan berkaitan dengan kesalahan imigresen dan pemalsuan resit.

Daripada 120 tuduhan itu, 110 adalah berkaitan pemalsuan resit yang diberikan kepada syarikatnya sendiri, manakala bakinya bagi kesalahan imigresen dan penipuan, selain kesalahan melanggar undang-undang Akta Syarikat.

Lagi 227 tuduhan telah diambil dalam pertimbangan.

Tertuduh yang berusia 42 tahun kelihatan tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa pertuduhan dibacakan kepadanya menerusi penterjemah bahasa Mandarin.

Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Tan berkata Yang masih menghadapi dua lagi tuduhan pecah amanah yang kesnya akan dibicarakan dalam prosising berasingan.

Perbicaraan itu dijadualkan dimulakan bulan depan dan Julai.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.