Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes wanita tua enggan guna pelitup di Yishun: Polis keluarkan keratan video kamera lekap tubuh

Shanmugam anggap video wawancara The Online Citizen Asia serangan sinis, niat jahat kepada polis serta ambil kesempatan pada wanita demensia
May 25, 2021 | 09:18 PM



PIHAK polis telah mengeluarkan dua klip video daripada kamera lekap tubuh yang menunjukkan kejadian di Yishun melibatkan beberapa pegawai polis yang berinteraksi dengan seorang wanita warga emas yang tidak menggunakan pelitup di khalayak ramai.



Keratan video itu menunjukkan seorang pegawai polis membelikan wanita berkenaan sebungkus makanan daripada gerai berdekatan. Pegawai itu tidak memarahi atau mencemuh warga emas itu, jelas Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan pada petang Selasa (25 Mei).



Sebaliknya, pegawai berkenaan memberitahu pembantu rumah wanita itu agar mengingatkan majikannya itu untuk menggunakan pelitup apabila keluar dari rumah, jelas polis.



Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli perkongsian sebuah video di laman Facebook The Online Citizen Asia (TOC) selepas tengah malam Selasa yang menunjukkan wawancara bersama wanita itu di mana beliau menafikan pegawai polis berkenaan membelikannya makanan.



Video itu juga mendakwa daripada audio kejadian yang berlaku pada petang 17 Mei dan dimuatnaikkan ke media sosial oleh pengguna Instagram @nichology yang menunjukkan pegawai polis itu memarahi wanita berusia itu kerana tidak menggunakan pelitup.



Pihak polis sebelum ini telah memberikan penjelasannya mengenai peristiwa itu pada 19 Mac.



Undang-undang berita palsu juga digunakan bagi mengemukakan arahan pembetulan kepada TOC dan laman lain yang mengulangi dakwaan tersebut.



Ketika ditemui media di ibu pejabat polis di New Phoenix Park pada Selasa, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata video terkini TOC itu adalah serangan sinis dan berniat jahat ke atas polis serta mengambil kesempatan terhadap wanita dengan demensia.



"Mereka yang berurusan dengan golongan dengan demensia akan tahu bahawa anda kadangkala boleh membuatkan mereka berkata banyak perkara yang mereka sendiri tidak ingati..,Anda mewawancaranya, wanita berusia ini, cuba dapatkannya mengatakan perkara-perkara tertentu...Saya katakan ia sesuatu perbuatan yang keji."



Dalam kenyataannya, polis berkata mereka telah berbual dengan anak perempuan wanita ini yang mengesahkan ibunya mempunyai demensia dan mungkin tidak mengingati peristiwa itu secara jelas.



Polis menambah sedang anak wanita ini enggan diwawancara media, anaknya melahirkan rasa kecewa TOC mewawancara ibunya dan memuatnaikkan video itu ke dalam talian tanpa cuba memahami keadaannya.



Polis juga menambah ia telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beberapa bahagian klip video yang dirakam menerusi kamera lekap tubuh selepas berbincang dengan anak wanita berkenaan walaupun ini bukan amalan yang polis biasa lakukan.



Jurucakap polis berkata: "Polis biasanya tidak mengeluarkan keratan video daripada kamera lekap tubuh kerana maklumatnya adalah rahsia."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >