Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes warga M'sia masuk S'pura tanpa diperiksa dibincang di Parlimen

Feb 14, 2014 | 06:17 PM



KES wanita warga Malaysia, yang memandu masuk ke sini menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands tanpa diperiksa sebelum menceroboh perkarangan sebuah kementerian, akan menjadi topik perbincangan di Parlimen lusa.


Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah mengemukakan lima soalan tentang kes tersebut yang menjadi topik hangat di Singapura sejak beberapa minggu lalu.


Encik Hri Kumar Nair (GRC Bishan-Toa Payoh) dan AP dicalon, Encik Eugene Tan, telah meminta pihak berkuasa supaya memberi perkembangan terkini tentang siasatan bagaimana Nurul Ruhana Ishak, 27 tahun, boleh menceroboh masuk pusat pemeriksaan itu tanpa diperiksa pada 18 Januari lalu.


Nurul Ruhana juga berjaya mengelakkan dirinya ditangkap polis selama tiga hari sebelum diberkas di Kementerian Ehwal Luar selepas menceroboh masuk perkarangan kementerian itu.


Semasa ditangkap dia tidak membawa pasport atau dokumen pengenalan diri.


Cik Lee Li Lian (Punggol East) dan AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Yee Jenn Jong, kededuanya dari Parti Pekerja (WP), pula ingin tahu tentang kes-kes percubaan memasuki Singapura tanpa diperiksa sejak tiga tahun lalu, dan sejauh mana fungsi-fungsi keselamatan di pusat-pusat pemeriksaan diberikan kepada pasukan polis tambahan dan pasukan keselamatan swasta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >