Kes Zika pertama: Pesakit dibenarkan pulang, sampel darah tidak mengandungi virus Zika

PESAKIT Zika yang pertama di sini selepas menghidap penyakit itu di luar negara telah dibenarkan pulang daripada hospital.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ujian darah menunjukkan sampel darah pesakit lelaki itu disahkan tidak mengandungi virus Zika.

Ini bermakna beliau tidak akan menyalirkan virus itu biarpun jika beliau digigit nyamuk Aedes.

Pesakit itu kini dalam keadaan baik dan telah pulih sepenuhnya.

Anggota keluarganya dilaporkan tidak mengalami tanda Zika.

"Kami menasihatkan penduduk di kawasan Watten Estate supaya terus memantau kesihatan mereka dan dapatkan bantuan perubatan jika mereka rasa kurang sihat, khususnya jika mereka mengalami tanda seperti demam dan ruam. Mereka juga perlu memaklumkan doktor lokasi kediaman mereka," kata kenyataan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.