Kesalahan pandu keadaan mabuk merosot

TERDAPAT sebanyak 1,785 kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, merosot 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Perangkaan Polis Trafik menunjukkan bilangan kematian akibat nahas berkaitan memandu dalam keadaan mabuk dari Januari hingga September tahun ini juga telah merosot - kepada sembilan kematian dalam tempoh itu berbanding 12 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan berterusan ke atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, pegawai Polis Trafik mengadakan beberapa sekatan jalan raya di serata Singapura pada awal pagi ini (3 Disember).

Selain menyasarkan pemandu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk, operasi itu juga bertujuan mengingatkan semua pemandu untuk bertanggungjawab di jalan raya dalam musim perayaan ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.