KESAN kenaikan tol di Koswe ke atas kegiatan ekonomi Singapura mungkin kecil kerana kos pengangkutan darat membentuk jumlah kecil kos perniagaan, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Teo Ser Luck.
Beliau memberitahu Parlimen semalam kos tersebut membentuk hanya sekitar 3 peratus kos perniagaan syarikat sektor pengilangan dan 1 peratus bagi syarikat sektor perkhidmatan.