KANAK-KANAK boleh mengalami masalah gangguan tidur jika didedahkan kepada skrin tatapan elektronik terlalu awal, menurut satu kajian oleh hospital kanak-kanak awam di sini.
Kajian yang dilakukan oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) itu mendapati ada kaitan antara masalah tidur, emosi dan kelakuan kanak-kanak yang memiliki gangguan pembangunan otak (NDD) - seperti autisme, palsi serebrum, dan pembelajaran tergendala - dengan pendedahan pertama kepada telefon bijak, komputer tablet dan televisyen sebelum berusia 18 bulan.