Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesan pandemik: Perjalanan guna pengangkutan awam turun 35%

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



BERIKUTAN pandemik Covid-19, jumlah perjalanan menaiki pengangkutan awam telah merosot tahun lalu seperti yang dijangkakan - satu penurunan yang menghentikan trend kenaikan berturut-turut dalam tempoh 15 tahun sebelumnya.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam berkata purata perjalanan harian bagi bas dan kereta api turun sebanyak 34.5 peratus kepada 5.04 juta - paling rendah dalam tempoh 11 tahun lalu, lapor The Straits Times.



Kereta api paling teruk terjejas oleh perubahan yang disebabkan oleh pandemik itu, yang memaksa ramai orang bekerja dari rumah.



Perjalanan MRT dan LRT turun 41 peratus kepada 2.162 juta sehari.



Perjalanan bas pula turun 30 peratus kepada 2.878 juta sehari.



Sektor teksi dan kereta sewa persendirian, yang dianggap sebagai gabungan antara pengangkutan awam dan swasta, juga terjejas.



Perjalanan menaiki teksi turun 38 peratus kepada 219,000 sehari, manakala perjalanan menaiki kereta sewa persendirian turun 29 peratus kepada 297,000.



Ini kali pertama LTA mengeluarkan bilangan perjalanan tahunan bagi kereta sewa persendiriaan berserta teksi, dan ini menunjukkan apa yang telah lama ditanggapi ramai pemerhati - bahawa teksi kini telah kurang mendapat sambutan berbanding kereta sewa persendirian.



Kemerosotan dalam penggunaan pengangkutan awam telah menimbulkan persoalan tentang kemampanan kewangan rangkaian itu, yang direka dengan mempertimbang penggunaan sebelum pandemik.



Pakar ekonomi pengangkutan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) Walter Theseira, berkata tidak jelas sama ada tahap penggunaan akan kembali ke peringkat sebelum pandemik, dan sama ada usaha untuk meyakinkan orang ramai agar bekerja lebih banyak dari rumah akan dapat diterima secara tetap.



"Sangat sukar menilainya kerana usaha sebelumnya bagi mendapatkan tempat kerja yang menerapkan pekerjaan fleksibel dan amalan lain telah gagal memberi perubahan ketara. Persoalannya adalah apakah kali ini berbeza," katanya.



"Sedang lebih banyak data masuk dari tempat-tempat seperti China, di mana pandemik itu telah dikawal selama beberapa bulan, kita mungkin dapat mengetahui apakah bekerja dari rumah benar-benar dapat dikekalkan setelah pihak berkuasa meniadakan sekatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >