BUNYI organ mendendangkan lagu Si Jantung Hati sayup-sayup kedengaran ketika sekumpulan pelancong dari Singapura, Malaysia dan Indonesia melangkah masuk ke Muzium Peninggalan Perang di Ho Chi Minh, Vietnam.
Langkah mereka terhenti kerana kehairanan dan terhibur mendengar lagu Melayu di bumi negara komunis itu.