Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesatuan rayu terhadap pemecatan dua pekerja SMRT

Sep 20, 2016 | 07:29 AM



KESATUAN Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) mengemukakan rayuan pada Isnin (19 Sep) kepada pengendali kereta api SMRT terhadap pembuangan kerja dua pekerja terlibat dalam kemalangan landasan maut awal tahun ini.



Pemandu kereta api Rahmat Mohd, 49 tahun, bersama seorang lagi pekerja, yang belum dikenal pasti, dibuang berhubung kejadian pada Mac (2016), yang menyebabkan kematian dua kakitangan pelatih.



Setiausaha kerja NTWU, Encik Melvin Yong, berkata ia telah mengkaji kes tersebut, dan ia "menimbulkan pertanyaan lanjut berkaitan kejadian itu" dalam rayuannya kepada SMRT.



"Sementara kami menanti jawapan daripada syarikat itu mengenai keputusan mereka, kami akan terus memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada pekerja terlibat pada masa sukar ini," kata Encik Yong dalam satu kenyataan.



Encik Rahmat, yang dibuang pada 13 Sep berikutan siasatan tatatertib dalaman, pemandu kereta api yang melanggar dan membunuh dua pekerja itu dekat stesen MRT Pasir Ris pada 22 Mac.



Mangsa - Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahun - sebahagian daripada kumpulan 15 orang yang dihantar untuk menyiasat kerosakan yang mungkin berlaku pada peralatan landasan.



Seorang lagi pekerja yang dibuang kerja itu dipercayai daripada kumpulan pekerja tersebut.



SMRT berkata pada April lalu siasatan menunjukkan beberapa kesilapan keselamatan berlaku, termasuk membenarkan kereta api berulang alik dalam mod automatik semasa pekerja di landasan dan tidak mengerahkan pekerja memantau kereta api yang menghampiri.



Selain pembuangan kerja, amaran lisan dan bertulis dikeluarkan terhadap kakitangan lain, dan gred prestasi individu "ditentukur semula ke bawah merangkumi pelbagai peringkat pasukan Kereta api, termasuk pengurusan kanan", menurut syarikat itu dalam e-mel dalaman kepada kakitangan.



Naib Presiden bagi maklumat korporat dan komunikasi SMRT, Encik Patrick Nathan, berkata: "SMRT telah menerima rayuan daripada NTWU berkaitan pembuangan kerja dua kakitangan. Kami akan mengkaji rayuan itu mengikut proses biasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >