Kesesakan lalu lintas di Singapura berkurangan

KETERUKAN kesesakan lalu lintas di Singapura telah berkurangan berdasarkan satu indeks global.

Malah, negara ini turun tujuh tempat dalam ranking yang menyenaraikan bandar dunia mengikut keterukan kesesakan lalu lintas di jalan raya pada waktu sibuk itu.

Singapura menduduki tempat ke-45 dalam indeks 174 bandar itu tahun ini, berbanding tempat ke-38 tahun lalu.

Mendahului indeks itu sebagai bandar yang kesesakan trafiknya paling teruk ialah Mexico City, disusuli Bangkok, Istanbul, Rio de Janeiro dan Moscow.

Indeks oleh firma navigasi Tom Tom yang berpangkalan di Belanda itu mengira kesesakan berdasarkan masa tambahan yang pemandu habiskan bagi perjalanan mereka apabila berhadapan dengan kesesakan.

Pemandu di sini secara purata menghabiskan kira-kira 31 peratus lebih banyak masa di jalan raya pada waktu sibuk tahun lalu daripada pada waktu tidak sibuk.

Ini lebih baik daripada 33 peratus pada 2014.

Keadaan lalu lintas di sini lebih baik daripada di tempat seperti New York, London dan Shanghai, serta bandar raya Chengdu, Tianjin dan Beijing di China.

Sebanyak 245 bandar dikaji, tetapi hanya yang mempunyai penduduk lebih ramai daripada 800,000 orang disenaraikan.

Banyak bandar Asia, termasuk Seoul, Tokyo dan Jakarta, tidak dimasukkan kerana kekurangan data.

Singapura satu-satunya bandar Asia dalam senarai itu, selain daripada Taipei, yang kesesakannya berkurang 1 peratus, yang kadar kesesakannya berkurangan pada 2015.

Tahun lalu, pemandu di sini menghabiskan, secara purata, 126 jam menunggu dalam trafik, iaiaitu, dengan berulang-alik, hampir satu setengah jam lebih lama semasa waktu sibuk pagi dan petang daripada semasa lalu lintas lancar.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.